Isnin, 9 Mac 2009

Kita dan kerendahan hati....

Kerendahan hati adalah AWALAN untuk sang perentas jalan menuju DIA. Tidak munculnya kerendahan hati di dalam hati merupakan sebuah awal bala’ atau malapetaka. Insan yang tidak memiliki kerendahan hati adalah manusia yang malang. Tidak adanya kerendahan hati di dalam dirinya menunjukkan kebodohannya atas pengetahuan tentang diri sendiri dan Tuhannya.
Allah berfirman : “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati, dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf [7] : 205)
Hanya mereka yang mengenal diri dan Tuhannya sajalah yang memiliki kerendahan hati dan hanya orang-orang yang sombonglah yang tidak mengenal dirinya dan Tuhannya. Hal inilah yang mewajibkan seseorang untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya. Karena pengenalan kepada diri kita sendiri merupakan awal ibadah, awal dari segala bentuk penghambaan kepada Tuhan. Sekiranya tiada awalan, janganlah bermimpi untuk bertemu akhiran.
Al-Ghazali dalam kalamnya di Kitab Agung Ihya ‘Ulumiddin 1 : 161-3 ; Diriwayatkan bahwa Allah SwT berfirman kepada Musa as, ”Wahai Musa, kapan saja engkau mengingat-Ku, jadikan setiap tubuhmu gemetar mengingat-Ku. Ketika mengingat-Ku berendah dirilah dan bersikap tenang. Ketika engkau mengingat-Ku, letakkan lidahmu di belakang hatimu. Ketika engkau berdiri di hadapan-Ku, berdirilah sebagaimana berdirinya seorang hamba yang hina. Bermunajatlah kepada-Ku dengan hati gemetar dan hati yang tulus.”
Rumi dalam syairnya bermadah:
Kerendahan hati dapat melampauisegala pendakian tahap demi tahapIa adalah pintu yang tak terkuncikerana semua telah diserahkan kepadanya!Hati para pencinta Tuhan telah membentuksebuah lingkaran kerendahan hatimaka kerendahan hatiadalah guru dari para gurudimana seluruh hati adalah muridnya(Rumi, Diwan i Syams : 9326-28)
KERENDAHAN HATI harus bermula dengan ‘rasa’ itu sendiri. Bukan dibuat-buat atau dipaksa-paksa. ‘Rasa’ itu hanya akan hadir tatkala tekun mencarinyIa harus di didik, dilentur dan dipermatapkan. RASA itu bukan fikir sedar - ‘rasa’ itu adalah olahan jiwa yang gementar tatkala ia tersentuh.
Ramai antara kita angkuh dengan rasa yang kononnya ia kuasai. Berasa diri cukup ‘rasa’. Berasa diri cukup ‘Kerendahan hatinya’.. Kewajaran penilaiannya bergantung kepada sikap kerendahan hatinya kembali untuk menilai dirinya sendiri. Andai mudah berasa cukup.. kelak takut ‘pembaris’ yang guna untuk mengukur adalah kayu yang salah.
Renunglah kisah mereka yang lalu, para salikin yang menempuh jalan mencari kerendahan hati DEMI untuk menuju JALAN menuju Illahi. Kealpaan kita akan berlarutan andai kita tidak terus menggali ‘rasa’ pada diri. Kekalutan kita akan terus menerjah ruang litup akal seandainya kita tidak kembali.. kembali kepada HATI YANG RENDAH!.
Hayati kisah penulisan Idries Shah, Tales of Dervishes I : SEORANG DARWIS* DAN LELAKI LUGU**
*darwis : seorang yang memilih untuk hidup penuh kesederhanaan atau miskin serta berseorangan UNTUK mendapatkan kesempurnaan JIWA, dikenali juga sebagai fakir.
**lugu : seseorang yang lurus, simple atau natural.
Seorang darwis yang berfikiran sederhana dari madzhab agama yang tegas, suatu hari menyusuri sebuah pinggiran sungai. Ia sedang tekun berfikir pada masalah-masalah akhlaq dan pengajaran, kerana bentuk ajaran inilah yang popular dalam masyarakatnya. Ia menyamakan agama rasa dengan pencarian terhadap Kebenaran Sejati. Tiba-tiba fikirannya terganggu oleh suatu suara orang berzikir dari seberang sungai. Kelihatan ada seorang lelaki yang terlihat lugu sedang berzikir dengan suara yang kuat. “Tak ada yang penting dengan masalah itu,” kata darwis pada dirinya sendiri tatkala dia mendengar akan kesalahan laki-laki itu melantunkan lafaz zikirnya. Ia bukannya menyebut “Yahu…tetapi Uyahu”.***
***Yahu : Wahai Dia (Allah)
Tetapi tiba-tiba dia sedar bahawa dia mesti memberitahu kesalahan ucapan lelaki tersebut. Sang darwis akhirnya menaiki perahu dan menuju ke seberang sungai. Setibanya di seberang ia mendekati lelaki tersebut dan katanya, “Saudaraku, engkau telah melakukan kesalahan di dalam mengucapkan lafaz zikir mu tadi Sepatutnya engkau mengucapkan Yahu, bukan Uyahu”.
“Terima kasih”, kata si lelaki lugu dengan santun. Setelah sang darwis memberi pelajaran “kecil” itu, dia pun kembali menaiki perahu untuk kembali ke seberang tempatnya semula. Manakala si lelaki lugu itu pula mulai kembali berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh sang darwis.
Tetapi belumpun sang darwis sampai ke seberang, dia mendengar kembali lafaz yang salah dari si lelaki lugu. Sang darwis pun berfikir bahawa mungkin si lelaki lugu tersebut betul-betul bebal kerana belumpun sempat dia kembali ke seberang, beliau dah lupa apa yang diajarnya tadi. “Biarlah…” bisik hatinya.
NAMUN, di luar dugaan sang darwis apabila dia melihat si lelaki bergegas dengan tergesa-gesa berjalan di atas air menghampirinya tanpa kakinya menyentuh air sungai. Sang darwis begitu terperanjat dan terpukau melihat si lelaki lugu melakukan keajaiban tersebut.
Setiba di hadapan sang darwis, lelaki lugu tersebut secara mengejutkan terus berkata kepada sang darwis, “Maaf saudaraku, aku mohon engkau mengajarkan kepadaku lafaz yang benar yang tadi engkau ajarkan, kerana terus terang aku katakan bahawa aku merasa sulit (susah) mahu mengingatnya”.
Sekian...at least gua dah sampaikan sesuatu buat kengkawan,macam selalu gua pesan,"Tak dapat buat SEMUA,JANGAN TINGGALKAN SEMUA...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan